suria

PKNP FC, MISC-MIFA Layak Ke Liga Perdana 2017

Skuad MISC-MIFA layak ke saingan Liga Perdana musim 2017.

KUALA LUMPUR:  Kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan MISC-MIFA layak ke saingan Liga Perdana musim 2017 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad.

Di Stadium Arena Universiti Malaya, malam ini, PKNP FC mengatasi Felcra FC dengan agregat 3-2 untuk mara ke final. Kedua-dua pasukan sebelum ini seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhirpertama di Stadium Perak, Ipoh, 25 September lepas.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, jaringan tunggal M. Sathish pada minitke-68 telah membantu MISC-MIFA menempah slot final apabila mengatasi Air Asia Allstars FC dengan agregat 2-1.

Pada aksi separuh akhir pertama, MISC-MIFA, yang dibimbing oleh Jacob Joseph, seri 1-1 di Stadium Mini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada 25 Sept lepas.

Final Piala FAM akan diadakan mengikut format timbal balik dengan final pertama berlangsung di Stadium Mini USIM, Nilai pada 20 Okt ini disusuli aksi kedua di Stadium Perak, Ipoh, pada 27 Okt ini.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan yang mara ke final Piala FAM 2016, layak secara automatik ke saingan Liga Perdana 2017. -Bernama

Liga Perdana, MISC-MIFA, PKNP FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain