F1 Malaysia: Ricciardo, Red Bull Rakam Kejayaan Di Litar Sepang - Sukan | mStar

F1 Malaysia: Ricciardo, Red Bull Rakam Kejayaan Di Litar Sepang

DIKEMASKINI

SEPANG: Pelumba Red Bull Racing, Daniel Ricciardo melakar kejayaan manis di Litar Antarabangsa Sepang apabila dinobatkan sebagai juara perlumbaan Formula Satu Grand Prix Shell Malaysia buat kali pertama musim ini.

Malah kemenangan itu juga merupakan trofi pertamanya di Litar Sepang dan turut menyaksikan pelumba kelahiran Australia itu menamatkan kemarau kejuaraan yang kali terakhir dijulang pada tahun 2014 di Grand Prix Belgium.



Ricciardo dan rakan sepasukannya, Max Verstappen yang kekal konsisten dalam kelompok ketiga terbaik sejak sesi latihan bebas serta pusingan kelayakan pada Sabtu dilihat sentiasa mengekori rapat juara bertahan dunia, Lewis Hamilton yang sebelum itu menguasai barisan pelumba.

Bagaimanapun, Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak pertama dan turut melakukan masa terpantas di beberapa lap tersingkir daripada perlumbaan selepas jenteranya terbakar pada lap 41.

Aksi kecewa Hamilton itu digunakan sebaik mungkin oleh Ricciardo untuk kekal di barisan hadapan sebelum menamatkan 56 pusingan dalam tempoh 1:39.853s.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba Mercedes, Nico Rosberg menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 1:38:056s di belakang Verstappen.

Rosberg sebelum itu berada di kedudukan ke-17 pada lap pertama selepas dilanggar pelumba Ferrari, Sebastian Vettel berjaya memintas pelumba-pelumba lain untuk berada di atas podium.

Insiden itu menyebabkan jentera Vettel mengalami kerosakan yang menyebabkan dia terkeluar daripada saingan.

Dalam pada itu, Hamilton yang ternyata terkejut dengan insiden jenteranya yang terbakar.

"Saya tidak percaya bahawa terdapat lapan buah jentera Mercedes dan hanya enjin kereta saya yang berlaku.

"Ada sesuatu yang tidak kena," jelasnya yang yakin untuk mempamerkan aksi terbaik di Litar Sepang sebelum perlumbaan tersebut.

Selain itu, Ricciardo yang ternyata tidak dapat menahan air mata kegembiraannya itu turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mendiang Jules Bianchi yang meninggal dunia akibat kemalangan di Litar Suzuka tahun lalu.


Keputusan penuh perlumbaan F1 Malaysia:

1.Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:37:12.776
2. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer +00:02.443
3. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 00:25.516
4. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 00:28.785 5. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 01:01.582
6. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 01:03.794
7. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren 01:05.205
8. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 01:14.062
9. Jenson Button (Britain) McLaren 01:21.816 10. Jolyon Palmer (Britain) Renault 01:35.466 11. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari 01:38.878
12. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber -Ferrari
13. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes
14. Daniil Kvyat (Rusia) Toro Rosso - Ferrari
15. Pascal Wehrlein (Jerman) Manor - Mercedes

Gagal menamatkan perlumbaan:

Lewis Hamilton (Britain) - Mercedes
Esteban Gutierrez (Mexico)- Haas
Kevin Magnussen (Denmark)- Renault
Romain Grosjean (Perancis) - Haas
Sebastian Vettel (Jerman) - Ferrari

Daniel Ricciardo , F1 Sepang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain