Annuar Harap Qu Puteh Terus Taja Skuad Kelantan - Sukan | mStar

Annuar Harap Qu Puteh Terus Taja Skuad Kelantan

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berharap penaja utama pasukan bola sepak negeri itu, Vida Beauty Sdn Bhd dapat meneruskan penajaan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Annuar berkata penajaan berkenaan adalah berdasarkan kontrak-kontrak tertentu yang telah dipersetujui termasuk tempoh masanya.

"Kita sayang dengan Qu Puteh ini (merujuk kepada syarikat tersebut). Ia satu penaja yang unik dan tersendiri. Kita harap ia dapat menaja kita sampai tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat.

Sebelum ini, pemilik syarikat kosmetik berkenaan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dilaporkan tidak mahu meneruskan lagi penajaan ekoran prestasi skuad Kelantan yang tidak konsisten dalam saingan Liga Malaysia musim ini. 

Hasmiza juga mendakwa produk minuman dan jersi yang dikeluarkan syarikatnya tidak mendapat sambutan daripada para penyokong.

Awal Januari lalu, Vida Beauty menandatangani kontrak penajaan bernilai RM16juta untuk menaja skuad The Red Warriors bagi tempoh dua musim.

Qu Puteh , Datuk Vida , Annuar Musa , Kafa

Artikel Sebelum

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Artikel Berikut

Terbuka Malaysia: Badrul Tewas Kepada Jonathan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain