suria

Osim Hargai Pemenang Pingat Paralimpik Rio

PETALING JAYA: Kejayaan atlet paralimpik terus mendapat perhatian apabila Osim Malaysia turut memberi ganjaran kepada empat pemenang pingat di Sukan Paralimpik Rio baru-baru ini.

Bersempena dengan Kempen Osim Reward My Team, empat atlet paralimpik itu akan menerima ganjaran sama yang diterima pemenang pingat pada Sukan Olimpik, Ogos lalu.

Pelari pecut Mohd Ridzuan Mohd Puzi, Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh dan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru yang masing-masing merangkul pingat emas akan menerima produk terlaris Osim iaitu kerusi urut uLove.

Sementara itu, Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita akan menerima peralatan urut mudah alih, Osim uCaress 3D Massage dan  peralatan urut kaki Osim uPhoria Warm.

"Atlet paralimpik kita membanggakan negara dengan kejayaan mereka.

"Dengan dedikasi dan ketabahan mereka sudah menyentuh jutaan rakyat Malaysia dan kami berbangga dapat memainkan peranan dalam menghadiahkan mereka dengan kerusi urut ini,” kata Pengurus Besar Osim Malaysia Sdn Bhd, Chia Sook Fun.

Sook Fun berkata atlet paralimpik layak menerima ganjaran itu kerana mereka telah pun mengharumkan nama negara dan berharap agar mereka terus mencapai kejayaan lebih besar.



 
 

Osim, kerusi urut, atlet paralimpik

Artikel Berikut

Artikel Lain