suria

Siti Noor Radiah Terima Imbuhan Tambahan RM100,000

Siti Noor Radiah bersama ahli keluarganya.

SEPANG: Pemenang pingat gangsa Paralimpik Rio, Siti Noor Radiah Ismail akan menerima tambahan ganjaran RM100,000 di atas pencapaiannya dalam acara lompat jauh kategori T20 (masalah pembelajaran).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menyambut kepulangan kontinjen Paralimpik di Kompleks Bunga Raya di sini Khamis.

"Malaysia meletakkan semua atlet sama taraf. Insya-Allah mereka akan dapat ganjaran. Pingat emas Akan dapat RM1 juta dan pencen RM5,000. Saya nak tambah pingat gangsa dari RM100,000 ke RM200,000," katanya.

Najib berkata selain ganjaran yang dijanjikan kepada atlet, jurulatih turut akan diberikan insentif sebagai penghargaan di atas sumbangan mereka.

Turut diberi penghargaan adalah Tun Jeanne Abdullah selaku penaung Majlis Paralimpik Malaysia di atas kecemerlangan kepimpinanannya.


Paralimpik, Rio, KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain