Olimpik Tokyo: Pingat Emas Jadi Kayu Pengukur BAM - Sukan | mStar

Olimpik Tokyo: Pingat Emas Jadi Kayu Pengukur BAM

Mohamed Al-Amin Abdul Majid (tiga, kiri) bergambar bersama atlet badminton negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Rio 2016 pada majlis penyampaian insentif BAM di Stadium Juara Bukit Kiara pada Sabtu. Foto:Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menetapkan sekurang-kurangnya pingat emas sebagai kayu pengukur bagi skuad badminton untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Ini bermaksud pemain-pemain perlu berusaha gigih bermula dari sekarang,"kata pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid ketika berucap pada majlis penyampaian insentif BAM kepada skuad badminton Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.

Menurut beliau, pemain-pemain muda boleh menjadikan pemain skuad badminton Olimpik sebagai ikon mereka untuk memantapkan prestasi dalam kejohanan-kejohanan yang mereka sertai.

Al Amin kemudiannya menyampaikan insentif wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM1.4 juta.

"Pada majlis ini kita menjemput juga pemain-pemain pelapis supaya mereka menjadikan pemenang pingat skuad badminton Olimpik ini sebagai inspirasi. Kami mahu menunjukkan kepada mereka...jika anda bekerja keras, jika anda berusaha untuk berjaya, anda akan mendapat ganjaran yang lumayan," kata Al Amin.

Insentif berkenaan diberikan kepada semua pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio de Janeiro dan jurulatih serta pemain lain yang beraksi di Olimpik, pemain sepelatihan (Iskandar Zulkarnain  dan Tan Kian Meng), pegawai-pegawai BAM dan petugas Institut Sukan Negara (ISN).

Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai penerima insentif apabila menerima RM250,000 manakala pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying masing-masing menerima RM375,000 setiap pasangan.

Sementara empat jurulatih kepada pemenang pingat Olimpik -- Hendrawan, Tey Seu Bock, Chin Ee Hui dan Jeremy Gan -- menerima  RM30,000 setiap seorang.

Pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi dan beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula menerima RM10,000 setiap seorang. -Bernama

Artikel Sebelum

Exco BAM Setuju Sambung Kontrak Hendrawan

Artikel Berikut

JCM Tarik 650 Penyertaan Seluruh Negara

Artikel Berkaitan

Exco BAM Setuju Sambung Kontrak Hendrawan

BAM Umum Rombakan Sabtu Ini

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain