suria

Terbuka AS: Nadal, Djokovic Selesa Ke Pusingan Keempat

RAFAEL Nadal mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menyingkir Andrey Kuznetsov secara straight set pada aksi ketiga, Sabtu.

Nadal mencatat keputusan 6-1 6-4 6-2 ke atas pemain Rusia itu biarpun terpaksa bekerja keras pada set kedua apabila Kuznetsov cuba bangkit mencari mata kemenangan.

Bagaimana pun Nadal kembali menguasai permainan dengan rentaknya sendiri tanpa sebarang tekanan sebelum mencatat keputusan 6-2.

Pemain Sepanyol yang berada di ranking keempat dunia itu bakal berdepan dengan wakil Perancis, Lucas Pouille yang mengecewakan rakan senegara Nadal, Roberto Bautista Agut dalam aksi sengit lima set sebelum ini.

Selain itu, pemain No.1 dunia, Novak Djokovic turut mengiringi Nadal ke pusingan keempat selepas lawannya Mikhail Youzhny menarik diri akibat kecederaan sejak awal permainan pusingan ketiga bermula.

Djokovic bakal berdepan dengan pemain Britain, Kyle Edmud yang menumpaskan pemain tuan rumah, John Isner 4-6 6-3 2-6 6-7 sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain