Raiola Dedah Punca Kelewatan Perpindahan Pogba Ke United - Sukan | mStar

Raiola Dedah Punca Kelewatan Perpindahan Pogba Ke United

Paul Pogba.

EJEN Paul Pogba, Mino Raiola tampil menjelaskan punca di sebalik kelewatan perpindahan pemain tengah itu dari Juventus ke Manchester United.

Menurut Raiola, kelewatan itu berpunca daripada tawaran daripada beberapa kelab yang turut mahukan khidmat Pogba termasuk Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

"Zidane mahukan Pogba menyertai Real Madrid tetapi ada lagi lima atau enam kelab turut berminat.

"Manchester United kini pasukan terkuat, terima kasih kepada Pogba tetapi tidak bagi Real Madrid.

"Saya tidak pernah bercakap dengan Pogba mengenai isu perpindahan semasa dia beraksi pada Euro 2016, kemudian dia bercuti kerana amat kecewa selepas Perancis tewas kepada Portugal pada aksi final.

"Saya bertemu dengannya di Miami. Dia menjelaskan apa yang dia inginkan. Manchester adalah rumahnya," dedah Raiola kepada Telefoot di Perancis.

Peluang bekerjasama dengan Jose Mourinho turut menjadi faktor Pogba berminat untuk kembali ke Old Trafford.

"Mourinho sudah hampir berjaya mendapatkan khidmatnya ke Chelsea pada musim panas lalu tetapi masa itu tidak sesuai," katanya.

Terdahulu, Pogba melengkapkan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United pada 9 Ogos lalu dengan rekod perpindahan dunia 89 juta pound (RM467.59 juta).

Pemain kebangsaan Perancis itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United.

Dia meninggalkan Manchester bagi menyertai Juventus dengan perpindahan percuma pada 2012.






Paul Pogba , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain