suria

Antonio Julang West Ham Di Stadium Baharu

Antonio meraikan jaringannya.

MICHAIL Antonio muncul penyelamat West Ham apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ke atas Bournemouth ketika perlawanan berbaki lima minit di Stadium London, malam Ahad.

Gol kemenangan itu hadir lapan minit selepas pemain Bournemouth, Harry Arter diarah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

Penjaga gol Bournemouth, Artur Boruc berjaya menangkap kemas percubaan Enner Valencia pada babak pertama manakala Adrian menafikan sepakan Joshua King.

Kira-kira 56,977 penyokong West Ham hadir memeriahkan perlawanan tersebut yang buat julung kalinya diadakan di gelanggang baharu.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic memuji usaha keras anak buahnya selepas bergelut untuk mencari gol kemenangan.

"Ia sukar tapi pemain bijak mengatur gerakan. Bournemouth bermain lebih daripada kami pada 15 minit memasuki babak kedua tetapi mereka tidak menyakiti hati kami.

"Kami berhak menang. Kami berusaha keras untuk memperoleh kemenangan ini. Kami amat berbangga untuk mengakhiri perlawanan pertama di stadium yang cantik dengan kemenangan," kata Bilic.


Michail Antonio, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain