Raneiri Yakin Pemain Utama Akan Kekal Di Leicester - Sukan | mStar

Raneiri Yakin Pemain Utama Akan Kekal Di Leicester

Riyad Mahrez

PENGURUS Leicester City, Claudio Ranieri dijangka menyerahkan kontrak baharu kepada pemain-pemain utamanya.

Antaranya Riyad Mahrez yang masih berbaki tiga tahun kontrak lamanya, namun Ranieri yakin pemain itu akan menerima perjanjian baharu sekaligus menamatkan spekulasi perpindahan ke Chelsea dan Arsenal.

Dalam pada itu, kapten Wes Morgan telah menandatangani kontrak baharu pada Selasa selepas skuadnya mencatat kemenangan 2-1 pada aksi persahabatan di Oxford.

Morgan (kiri) dan Ranieri.


"Saya gembira untuk memberi kontrak baharu kepada Wes, seterusnya kepada pemain-pemain lain. Bukan tugas saya untuk menandatangani kontrak mereka.

"Saya hanya ketua jurulatih dan bukannya pengarah kelab, namun perlahan-lahan pemain lain juga akan mendapatkan kontrak baharu mereka.

"Amat penting untuk mengekalkan semua pemain dengan semangat dan sikap rendah diri. Ia amat penting bagi saya," jelas Ranieri.

Selain itu, Leicester juga cuba mengekalkan Kasper Schmeichel dan  Danny Drinkwater.

Seorang lagi 'ayam tambatan' kelab juara itu, Jamie Vardy turut mendapatkan kontrak baharunya selepas diintai Arsenal.

Manakala N'Golo Kante telah meninggalkan kelab minggu lalu untuk beraksi bersama Chelsea dengan nilai perpindahan 30 juta pound.

"Kontrak baharu yang ditandatangani Vardy dan Mahrez amat besar maknanya, begitu juga dengan pemain-pemain lain. 

"Permainan akan diteruskan dengan Mahrez tanpa Kante. Saya yakin. Tidak ada lagi pemain lain yang akan tinggalkan kelab ini. Kami akan terus bersama.

"Hanya Kante yang mahu berpindah dan ianya 'ok', saya faham. Dia  hadir ke sini dari sebuah kelab kecil di Perancis dan telah melakukan aksi luar biasa musim lalu.

"Saya mahu dia kekal bersama pasukan ini untuk beberapa tahun lagi untuk mengharungi aksi Liga Juara-Juara, tetapi dia tetap mahu berpindah. 'Okay', selamat berjaya. Saya lepaskan pemain yang tidak gembira," jelasnya.

Claudio Ranieri , Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain