suria

Zidane Sedia 'Belanja Besar' Untuk Pogba

Paul Pogba.

ZINEDINE Zidane bersedia untuk meranapkan impian Manchester United dengan mengemukakan bidaan bernilai 105 juta pound (RM554 juta) terhadap pemain Juventus, Paul Pogba.

Malah, Zidane mengakui amat berminat untuk melihat pemain berusia 23 tahun itu bersama dalam skuad utama Real Madrid musim depan.

Malah kenyataan terbaharu Zidane itu merupakan berita buruk buat Jose Mourinho untuk membawa pulang Pogba ke Old Trafford.

"Adakah saya menyukai Pogba? Sudah semestinya. Dia pemain yang hebat dan setiap kelab mahu mendapatkan khimdatnya.

"Namun buat masa ini dia masih bersama Juventus dan kami sudah memiliki skuad yang besar.

"Masih ada banyak pemain yang akan menyertai pasukan ini dan dengan saingan Euro kita tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Terdahulu, United mahu merealisasikan perpindahan Pogba dengan menjadikannya sebagai pemain bola sepak pertama dibawa ke Old Trafford dengan yuran perpindahan rekod dunia bernilai 100 juta pound (RM529 juta).

Empat tahun selepas kehilangan pemain itu tanpa sebarang hasil, United kini bersedia menyalurkan sejumlah besar peruntukan kepada Mourinho.

Keluarga Glazer terdesak untuk memulihkan reputasi Red Devils sebagai kelab paling popular di Eropah apabila terlepas saingan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.


Artikel Sebelum

Jordan Berguru Dengan Moyes

Artikel Berikut

Artikel Lain