suria

Ejen Belum Tetapkan Tarikh Perpindahan Paul Pogba

EJEN Paul Pogba, Mino Raiola dilapor belum menetapkan tarikh perpindahan bintang Perancis itu dari Juventus.

Walaupun semua pihak percaya perpindahan itu akan berlaku secepat mungkin namun Raiola tidak menetapkan tarikh tertentu untuk memuktamadkan hala tuju Pogba.

Daily Mirror melaporkan, rakan sepasukan Pogba di Perancis, Blaise Matuidi merupakan pilihan kedua sekiranya pemain Juventus itu enggan kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun Raiola dilapor telah bersetuju dengan syarat dan yuran perpindahan yang ditetapkan United untuk mendapatkan khidmat bekas pemain remajanya.

Pogba, 23, enggan mendedahkan rancangan masa depan ketika ditemui ESPN dalam majlis anugerah di Los Angeles pada Rabu, namun dia berkata akan memberi jawapan jika Jose Mourinho menghubunginya.

"Saya tak tahu, kita lihat saja. Setakat ini saya gembira di Juventus. Saya tidak tahu di mana saya perlu pergi.

"Manchester United adalah keluarga pertama saya. Kita lihat apa yang akan berlaku," jelasnya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gareth Bale Umum Bertunang

Artikel Lain