suria

Kante Sukar Tolak Tawaran Chelsea, Pemain Baharu Conte

CHELSEA berjaya mengikat N'Golo Kante dari pasukan juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City (EPL) dengan nilai perpindahan 32 juta pound.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu menandatangani perjanjian selama lima tahun sekaligus menjadi pemain baharu kedua skuad Antonio Conte.

Sebelum ini pemain Marseille, Mitchy Batshuayi tiba di Stamford Bridge dengan harga 33 juta pound.

"Saya sangat gembira dapat bersama-sama dengan salah sebuah kelab yang terbesar di Eropah. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan," jelas Kante di laman web rasmi kelab.

"Peluang  bekerja dengan Anotonio Conte yang merupakan seorang jurulatih bijak dan sukar untuk menolak tawarannnya.

"Musim pertama saya dalam bola sepak Inggeris yang sangat istimewa dan saya berharap akan mencapai sesuatu yang lebih sepanjang bergelar pemain Chelsea.

"Saya bersedia untuk bertemu dengan rakan-rakan sepasukan yang baharu dan membantu mencapai lebih banyak kejayaan.

Sebagai rekod, Leicester sebelum ini mengikat Kante dari Caen musim lalu dengan harga 5.6 juta pound.

Namun harganya meningkat berkali ganda selepas pemain itu turut membantu kelab melakar gelaran juara baharu EPL.

N'Golo Kante, Chelsea, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT Belasah Kedah 5-0

Artikel Lain