Luke Shaw Dijangka Turun Dalam Perlawanan Pertama United - Sukan | mStar

Luke Shaw Dijangka Turun Dalam Perlawanan Pertama United

Luke Shaw
LUKE Shaw yang kakinya patah September lalu dijangka akan membuat kemunculan semula di Wigan Athletic, Sabtu, dalam perlawanan pembukaan yang menyaksikan José Mourinho sebagai pengurus baharu Manchester United.

Dua tulang kaki kanan Shaw patah ketika United kalah dalam saingan Liga Juara-Juara di PSV Eindhoven, 15 September lalu. Dia tidak dapat bermain untuk sepanjang musim, termasuklah terlepas untuk beraksi bersama England dalam kempen Euro 2016 .

Pemain berusia 21 tahun itu telah kembali menjalani latihan penuh dan dia sudah bersedia untuk turun padang, lapor The Guardian.


Shaw adalah salah seorang daripada skuad utama Mourinho yang telah menjalani latihan pembukaan di bawah tanggungjawab pengurus itu sepanjang dua minggu ini kerana ramai pemain sedang berehat selepas berakhirnya Piala Eropah atau Copa América.

Selain itu, Phil Jones juga adalah salah seorang daripada pemain yang menjalani latihan dan telah diberitahu oleh Mourinho bahawa dia mempunyai masa depan jangka panjang di kelab itu.

Jones, mengalami kecederaan pada musim lalu dan kali terakhir bermain ketika United kalah 1-2 kepada Swansea City di Old Trafford pada 2 Januari lepas.

Mourinho menganggap dia sebagai rakan tetap Chris Smalling yang berpotensi untuk bermain di bahagian tengah pertahanan dan Jones dijangka memulakan kempen baru sebagai pilihan pertama.

Jones mungkin akan ditampilkan di Wigan bersama Ander Herrera, Ashley Young, Juan Mata, Timothy Fosu-Mensah, Daley Blind, Michael Carrick, Memphis Depay, Jesse Lingard, Guillermo Varela, Andreas Pereira, Adnan Januzaj dan James Wilson.

Pemain baru, Henrikh Mkhitaryan dan Eric Bailly juga sedang dipertimbangkan di mana latihan mereka bermula pada Rabu.

United terbang ke China pada Selasa untuk memulakan lawatan musim panas mereka. Mereka akan berdepan Manchester City dan Borussia Dortmund di sana sebelum ke Gothenburg untuk menentang Galatasaray pada 30 Julai.

United akan memulakan musim Liga Perdana Inggeris di Bournemouth pada 14 Ogos.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain