Prestasi Badrul Hisham, Khairul Hafiz Tidak Terjejas Di Sukma - Dr Khairi - Sukan | mStar

Prestasi Badrul Hisham, Khairul Hafiz Tidak Terjejas Di Sukma - Dr Khairi

Khairul Hafiz Jantan (kanan) dan Badrul Hisyam Abdul Manap (kiri).

KUALA LUMPUR: Prestasi dua atlet olahraga remaja negara tidak akan terjejas di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak walaupun mereka menyertai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland.   

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Khairi Zawi berkata sekiranya tahap kecergasan Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan adalah tinggi di samping melakukan persediaan awal sebelum ke Poland, mereka tidak akan berdepan masalah mengekalkan prestasi masing-masing di Sarawak.   

"Kita mengharapkan mereka dapat lakukan yang terbaik di Kejohanan Olahraga Dunia, dan bukan sekadar pergi sebab mereka disuruh pergi bertanding di sana.    "Walaupun tempoh pemulihan agak singkat, tetapi prestasi mereka ketika beraksi di Poland masih ada dan tidak akan menurun secara mendadak.    

"Jika mereka dalam keadaan prestasi tinggi di Poland, tidak mustahil mereka akan menang di Sarawak," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas berhubung kebimbangan segelintir pihak terhadap penyertaan kedua-dua jaguh pecut remaja negara itu yang perlu menyertai dua kejohanan besar secara serentak.   

Sebelum ini, Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz memutuskan untuk memilih temasya Sukma yang berlangsung pada 26 hingga 29 Julai dan menolak untuk menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di Poland dari 19 hingga 24 Julai.   

Namun, selepas perbincangan antara Majlis Sukan Negara (MSN), Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan ISN dengan jurulatih serta atlet berkenaan, mereka akhirnya bersetuju menyertai kedua-dua kejohanan itu.   

Khairul Hafiz - pelari terpantas remaja Asia yang baru - dan Badrul Hisyam mengesahkan tiket ke Kejohanan Dunia itu pada Oktober tahun lepas dalam acara 100m dan 200m.   

Selain dua atlet pecut itu, turut layak R. Kirthana yang meraih tiket ke Bydgoszcz setelah melakukan lompatan 13.20m untuk memenangi emas lompat kijang, manakala Mohd Rizzua Haizad pula layak setelah melakar catatan 14.00s untuk merangkul emas acara 110m lari berpagar.  

Dalam pada itu, Dr Khairi berkata penyertaan di Kejohanan Dunia adalah penting sebagai platform terbaik untuk mengukur prestasi mereka di peringkat yang lebih tinggi.   

"Kejohanan di Poland sangat penting untuk mereka. Mereka tidak boleh hanya berpuas hati dengan mencipta nama di peringkat tempatan.    

"Mereka seharusnya sudah sampai masa untuk mengukur prestasi mereka dalam kalangan yang terhebat dunia. Ini untuk masa depan karier mereka juga," katanya.

Mengenai persiapan atlet terbabit pula, Dr Khairi berkata mereka perlubermula lebih awal khususnya untuk penyesuaian kepada masa dan cuaca.   

Justeru, kesemua atlet akan berlepas ke Poland lebih awal di samping melakukan pengubahsuaian kepada waktu sesi latihan mengikut waktu Poland.   

"Selain itu, mereka juga perlu tetapkan matlamat mereka di Kejohanan Dunia itu. Pada saya, atlet remaja seperti mereka perlu ada minda untuk menang supaya mereka sentiasa bersedia dalam apa jua kejohanan," katanya.  -Bernama

Ahmad Badrul , Olahraga , Khairul Hafiz

Artikel Sebelum

Southgate Enggan Ganti Posisi Hodgson

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain