suria

Pertahanan Barcelona Sertai Juventus

Penyokong Juventus menyambut ketibaan Dani Alves di Turin.

PERTAHANAN kanan Barcelona, Dani Alves dilaporkan tiba di Turin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Juventus.

Pemain Brazil berusia 33 tahun itu meninggalkan Barcelona selepas mengharungi lapan musim yang penuh dengan kejayaan.

Selepas selesai pemeriksaan kesihatan tersebut, Alves dijangka akan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Juventus.

"Selepas tiba di Turin pada semalam, hari ini Dani Alves akan ke J-Medical untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Juventus," kata kelab itu menerusi laman sosial.

Alves tiba di Sepanyol pada 2002 dari kelab Bahia untuk menyertai Sevilla selama enam musim sebelum bersama Barcelona.

Sepanjang berada di Barcelona, dia berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali, Piala Dunia Kelab (3) dan La Liga enam kali.

Alves merupakan pertahanan kedua yang dibawa ke Juventus untuk musim depan selepas pemain Bosnia, Miralem Pjanic dari Roma.


Artikel Sebelum

Artikel Lain