suria

Tite Dilantik Jurulatih Baharu Brazil Ganti Dunga

TITE disahkan sebagai jurulatih baharu skuad Brazil menggantikan Dunga yang dipecat berikutan persembahan buruk dalam saingan Copa Amerika.

Skuad Brazil gagal melepasi saingan peringkat kumpulan sekaligus Dunga dan barisan koordinator pasukan dilepaskan daripada tugas masing-masing.

Tite,55, atau nama sebenarnya Adenor Leonardo Bacchi merupakan pengurus kelab Corinthians sejak 2010 dan kini bakal memikul tugas besar untuk mengembalikan kegemilangan skuad samba ini.

Presiden kelab, Roberto de Andrade berkata: "Tite tidak lagi bersama Corinthians. Dia menerima tawaran Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF)."

CBF memecat Dunga 50 hari sebelum Rio de Janeiro bertindak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik tahun ini.

Dalam pada itu, Brazil merekodkan sejarah kali kedua tersingkir dalam tempuh 100 tahun Copa Amerika berlangsung apabila tewas kontroversi kepada Peru 1-0 di Massachusetts.

Tite, Dunga, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Lain