Tahith Chong Rai Perpindahan Ke Manchester United - Sukan | mStar

Tahith Chong Rai Perpindahan Ke Manchester United

Tahith Chong

PENYERANG Feyenoord berusia 16 tahun, Tahith Chong memuat naik gambar kek untuk meraikan perpindahannya ke Manchester United.

Pemain muda itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan United namun tiada khabar selanjutnya sehingga dia memuat naik gambar berkenaan.

Dalam gambar yang dimuatnaik ke Instagram miliknya pada minggu lalu, kek berkenaan tertulis "Pemain Masa Depan Machester United".

Pemain berbakat berkenaan dilapor turut dikehendaki oleh Arsenal dan Manchester City.

Bakat Chong mula dikesan oleh United ketika dia mewakili Feyenoord dalam kejohanan di Carrington tahun lalu. 


Manchester United

Artikel Sebelum

Syazwan Tekad Kembali

Artikel Berikut

Ranieri Tidak Berdaya Sekat Vardy

Artikel Berkaitan

Artikel Lain