Sandro Da Silva Tinggalkan Alor Setar Hari Ini - Sukan | mStar

Sandro Da Silva Tinggalkan Alor Setar Hari Ini

Sandro Dal Silva bersama anak dan isteri akan pulang Ke Brazil untuk merawat Kecederaan tulang belakang yang dialami pemain itu.

PEMAIN import Kedah, Sadro Da Silva akan berangkat pulang ke Brazil walaupun Kedah masih mempunyai baki dua perlawanan sebelum Liga Super berehat pada jendela pemindahan pemain pada Jun ini.

Pemain tengah Kedah itu akan meninggalkan Alor Setar pada Khamis (hari ini) untuk pulang ke negaranya bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan.

Dal Silva memberitahu, dia akan pulang semula pada Julai ini untuk membantu Kedah mengharungi pusingan kedua Liga Super.

"Saya akan pulang ke Brazil pada Khamis. Saya perlu merawat kecederaan tulang belakang ini secepat mungkin sebelum pulang semual ke Aor Setar pada Julai ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut pemain yang membantu Kedah menjuarai Liga Perdana musim lalu itu, kecederaan tulang belakakang yang dialaminya ketika bertemu Sarawak dalam saingan Liga Super sebelum ini semakin merebak ke pangkal pahanya.

"Saya tidak dapat menahan kesakitan tulang belakang yang semakin merebak. Saya perlu pulang ke Fortaleza, Brazil dan bertemu dengan doktor pakar peribadi untuk rawatan lanjut.

"Saya akan lakukan apa sahaja yang mampu untuk kembali pulih dan segera pulang ke Alor Setar untuk bersama pasukan Kedah," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut Da Silva berkata, ketika mengalami kecederaan tulang belakang sebelum ini, doktor pasukan Kedah memberi nasihat supaya dia berehat sehingga pulih sepenuhnya sebelum kembali ke atas padang.

"Tetapi saya hanya makan ubat penahan sakit dan mengambil suntikan supaya dapat bermain semula dan membantu Kedah mendapatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini.

"Kerana kedegilan itu, kecederaan ini merebak dan menyukarkan pergerakan saya.

"Bagaimanapun saya yakin pembedahan dan perubatan terbaik di Brazil mampu memulihkan kecederaan ini untuk saya beraksi seperti biasa bersama rakan sepasukan," katanya.

Jelasnya yang berusia 33 tahun, kecederaan sama pernah dialami enam tahun lalu namun selepas melakukan pembedahan di Brazil kesakitan itu telah pulih sepenuhnya.

"Saya sedar ramai penyokong Kedah kecewa kerana saya tidak beraksi pada dua perlawanan lalu, tetapi ketika bertemu JDT (Johor Darul Ta'zim) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Larkin saya telah rasa kesakitan yang perit.

"Sebab itu jugalah saya terpaksa menarik diri daripada terus berjuang demi Kedah dan seluruh penyokong.

"Kedah adalah pasukan terakhir yang saya mahu wakili sehingga bersara selepas memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional sejak 17 tahun lalu di Brazil.

"Saya amat menghargai segala sokongan penyokong sejak mewakili Kedah pada April tahun lalu sehingga kami menjuarai Liga Perdana.

"Malah, saya juga perlu membalas budi baik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang banyak membantu saya dan keluarga selama ini dengan memberikan layan terbaik," ujarnya sambil berdoa dapat kembali menyarung jersi hijau kuning selepas ini.

Artikel Sebelum

Popov Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain