suria

Seri 1-1 Gagalkan Leicester City Rangkul Gelaran Di Old Trafford

Pemain Manchester United, Anthony Martial selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketike menentang Leicester City di Old Trafford. Foto Reuters

LEICESTER City hanya meraih hasil berimbang 1-1 ketika menentang Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad malam.

Man United terlebih dahulu mengungguli perlawanan menerusi gol pembukaan pada minit ke-8 menerusi aksi pemain Anthony Martial.

Bagaimanapun, Leicester City menerusi tandukan Wes Morgan menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Keputusan terikat seri 1-1 itu menggagalkan Leicester City untuk meraikan kemenangan di kubu kuat Man United.

Leicester City menduduki tangga teratas dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 76 mata.

Tangga kedua pula diduduki oleh Tottenham memperoleh 69 mata, berbeza tujuh mata dengan Leicester City.

Jika Tottenham dimbangi oleh Chelsea pada perlawanan Isnin, Leicester City dilihat mudah untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Ini kerana dengan berbaki dua permainan lagi, Leicester City yang mendahului dengan tujuh mata tidak mampu dikejar oleh Totthenham.


Artikel Sebelum

Keputusan Serie A

Artikel Lain