suria

Farhan Tekad Pertahan Gawang Daripada Bocor

Farhan Abu Bakar.

“BENTENG pertahanan pasukan Kedah perlu kebal jika berhasrat untuk mengecewakan Johor Darul Tak'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Larkin pada Sabtu malam," kata penjaga golnya Farhan Abu Bakar.

Bekas penjaga gawang Harimau Muda itu turut memesan perkara sama pada dirinya sebagai benteng terakhir.

Berikutan itu, Farhan berazam untuk beraksi sebaik mungkin bagi memastikan gawangnya tidak mudah bocor dan memberi kelebihan kepada JDT yang beraksi di laman sendiri.

“Saya perlu memberikan prestasi terbaik demi memastikan kami layak ke final nanti selain tidak mengecewakan pegawai dan penyokong Helang Merah.

“Inilah perlawanan paling sukar bakal hadapi bersama rakan sepasukan pada musim ini. Ketiadaan tonggak utama seperti Liridon Krasniqi dan Amirul Hisyam Awang Kechik yang telah memainkan peranan begitu besar ketika kita mengatasi JDT pada perlawanan separuh akhir pertama sebelum ini.

“Ketiadaan dua tonggak ini pasti akan dirasai tetapi tidak boleh dijadikan alasan kerana kami perlu mengejar impian beraksi pada perlawanan akhir Piala FA musim ini,” kata kepada mStar Online.

Farhan memberitahu, para pemain kini telah diberitahu apa yang perlu dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan mereka juga perlu mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Saya pernah melalui situasi yang sama ketika beraksi bersama pasukan Harimau Malaysia dalam Kejohanan Antarabangsa di Itali dan kejayaan saya menyelamatkan dua sepakan penalti telah memastikan kami menjuarai kejohanan itu.

“Esok malam (Sabtu) saya menghadapi situasi sama dan perlu memastikan sesuatu yang istimewa supaya ia dapat mengecewakan barisan lawan yang di wakili oleh ramai pemain berpangalaman dan import yang berwibawa.

“Dalam bola sepak tiada istilah putus asa dan perjuangan kami adalah sepanjang permainan ini," jelas anak muda itu. 

Farhan Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain