Badminton Asia: Chong Wei Dan Zulfadli Mara, Iskandar Kandas - Sukan | mStar

Badminton Asia: Chong Wei Dan Zulfadli Mara, Iskandar Kandas

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei dan Zulfadli Zulkiffli mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia 2016 yang diadakan di Wuhan, China pada Rabu.

Chong Wei yang turun selaku pilihan keempat, mengambil masa 46 minit sebelum berjaya menundukkan pemain tuan rumah Wang Zhengming, 21-16 dan 21-14

Pemain yang berada di ranking kedua dunia itu akan berdepan pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki yang sebelum itu menewaskan pemain Indonesia Anthony Ginting, 21-18 dan 21-6.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkiffli turut mengikut jejak langkah Chong Wei, mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan Wei Nandari Hong Kong.

Pemain profesional negara itu bagaimana pun terpaksa berhempas pulas selama satu jam 12 minit sebelum meraih kemenangan ke atas wakil Hong Kong dengan 21-12, 17-21 dan 21-18.

Bekas juara remaja dunia 2011 itu bakal berdepan pemain nombor satu dunia Chen Long dari China yang sebelum itu mengalahkan pemain Korea Selatan Jeon Hyeok Jin 21-4, 21-16.

Nasib malang pula menimpa Iskandar Zulkarnain Zainuddin apabila tewas kepada pemain Taiwan Tzu Wei Wang 21-19 dan 21-18.

Beregu profesional negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong memberi aksi mendebarkan sebelum berjaya menundukkan pasangan Taiwan, Liao Min , Hun/Tseng Min Hao 14-21, 21-15 dan 21-13.

Beregu negara yang tersenarai dalam skuad Piala Thomas 2016 akan berdepan pasangan Jepun Takeshi Kamura/Keigo Sonoda yang mengejutkan pilihan ketiga dari China Chai Biao/Hong Wei, 27-25 dan 21-17.

Gandingan Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula gagal meneruskan rentak cemerlang selepas mengungguli set pertama 21-18.

Pasangan negara terpaksa tunduk kepada pasangan Singapura Terry HeeYong Kai/Loh Kean Hean pada set kedua 21-23 dan set penentuan 19-21.

Beregu Singapura itu akan berdepan pilihan keempat Fu Haifeng/Zhang Nanyang sebelum itu mengenepikan pasangan Indonesia Berry Angriawan/Ryan Agung Saputra 21-12 dan 21-13. 

Beregu wanita utama negara, Vivian Hoo/Woon Khe Wei pula bernasib baik mendapat kemenangan percuma selepas pasangan tuan rumah Tang Yuanting/Yu Yang menarik diri.

Gandingan negara akan berdepan pilihan ketiga dari Indonesia Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii yang sebelum itu menyingkirkan beregu Thailand Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajongjai 21-18 dan 21-8. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain