suria

Thiago Silva Nasihat Ibrahimovic Tidak Ke England

THIAGO Silva memberi amaran kepada Zlatan Ibrahimovic bahawa pemain itu akan 'bergerak ke belakang' jika menyertai Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu perlu mencari kelab gergasi untuk terus menerima gaji mewah selepas meninggalkan PSG pada musim ini.

Ibrahimovic sebelum ini dilapor menerima tawaran daripada Arsenal dan Chelsea.

Bagaimanapun Silva menasihatkan pemain itu supaya memilih kelab lain atau kekal di PSG dengan menerima potongan gaji.

"Dia rakan baik saya, tapi umurnya telah menjangkau 34 tahun. Dia seorang pemain yang cemerlang sepanjang karier, seorang pemain terbaik dunia yang unik berbanding pemain bola sepak lain.

"Sudah pasti saya mahu dia kekal di PSG, saya tidak dapat membayangkan pasukan ini tanpa dia.

"Saya tahu dia menerima tawaran dari England - liga yang besar. Tetapi saya tidak rasa kelab di England adalah sebaik PSG ketika ini.

"Dia hanya akan 'mengundur' jika ke England dan rosakkan kariernya," jelas Silva.


Artikel Sebelum

Artikel Lain