PDRM Lonjak Ke Tangga Keempat Liga Super - Sukan | mStar

PDRM Lonjak Ke Tangga Keempat Liga Super

Pemain Terengganu Joseph Kalang Tie (jersi putih) melepaskan rembatan untuk gol penyamaan ketika menentang pasukan Polis Diraja Malaysia pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Ahad malam. Foto Bernama

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melonjak ke tangga keempat daripada tangga ke-8 Liga Super apabila berjaya menewaskan Terengganu FA dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan di sini, Ahad malam.

Keputusan perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini juga menyaksikan Terengganu FA turun ke tangga ke-8 liga daripada ke-7 sebelum ini.

PDRM mendahului separuh masa pertama melalui jaringan pemain import Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin pada minit keenam menewaskan penjaga gol berpengalaman Terengganu FA, Mohd Sharbinee Allawee. 

Pemain kebangsaan Joseph Kallang Tie berjaya menyamakan kedudukan untuk Terengganu FA pada minit ke-29 menerusi rembatan cantik dari sebelah kiri gol pasukan The Cops. 

PDRM kembali mendahului dalam separuh masa kedua menerusi jaringan penyerang import Maldives, Ashfaq Ali pada minit ke-72 selepas menerima umpanan cantik pemain dari Brazil, Andre Francisco Williams. 

Kedua-dua pasukan kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Joseph dan pemain import PDRM dari Mali, Konate Souleymane diberikan kad merah oleh pengadil Suiful (ulang:Suiful) Mohd Rodzali akibat insiden pergaduhan antara kedua-dua pemain pada minit ke-77. 

Amir Saiful Baderli menutup sisa-sisa peluang skuad Penyu, yang cuba bangkit pada minit akhir permainan, dengan rembatan deras pada minit ke-89 menjadikan keputusan penuh PDRM 3 Terengganu FA 1. 

Terengganu FA yang menguasai permainan mampu menjaringkan lebih banyak gol, namun ketangkasan penjaga gol PDRM, Muhammad Haziq Nadzli juga pemain skuad bawah 22 tahun kebangsaan menghampakan pasukan dari pantai timur itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Kesilapan Sama Berulang - Tan Cheng Hoe

Artikel Berikut

Man United Tewas 0-3 Kepada Tottenham

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain