Tan Cheng Hoe Tarik Nafas Lega - Sukan | mStar

Tan Cheng Hoe Tarik Nafas Lega

DUA pemain utama Kedah iaitu  Baddrol Bakhtiar dan Arif Farhan dijangka kembali membantu skuad Helang Merah dalam perlawanan menentang Pulau Pinang pada Sabtu.

Ini kerana, kedua-dua pemain yang mengalami kecederaan itu telah kembali menyertai latihan menjelang saingan Liga Super di Stadium Darul Aman.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, keputusan untuk menurunkan Baddrol dan Ariff akan hanya ditentukan pada petang Sabtu, selepas meneliti tahap kecergasan kedua-dua pemain tersebut.

"Saya lega kerana Baddrol dan Arif sudah menjalani latihan dan saya yakin mereka sudah bertambah pulih. Sama ada dua pemain ini mampu beraksi sepenuh masa atau tidak, itu belum diketahui.

"Jika mereka tidak boleh diturunkan, pemain yang menggantikan Baddrol dan Arif sebelum ini akan meneruskan tugas mereka.

"Kemungkinan besar juga Baddrol dan Arif hanya berada di bangku simpanan dan kalau perlu barulah saya akan menggunakan khidmat mereka. Apa yang penting kesebelasan utama nanti terdiri daripada pemain yang cergas sepenuhnya," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, pertahanan Kedah, Bang Seung Hwan yang  menerima jahitan di bibirnya tidak bermasalah untuk beraksi semula.

"Setakat ini hanya Syazwan Zainon sahaja yang akan dikeluarkan daripada senarai 18 pemain selepas dia mengalami kecederaan.

"Saya harap pemain akan beraksi dengan konsisten dan terus memburu gol. Daripada siapa gol dihasilkan itu tidak penting kerana yang penting kita mendapat jaringan dan tiga mata.

"Pemain perlu memberi perhatian sepanjang permainan dan tidak alpa ataupun hilang tumpuan kerana ini hanya akan mengundang padah," tegasnya.

Kedah , Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Jangan Salahkan Farhan - TCH

Liga Super: T-Team Belasah Kedah 4-1

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain