suria

Jelajah Thailand: Nur Aiman Hampiri Gelaran Pelumba Terbaik Asean

Mohammad Nur Aiman semakin hampiri gelaran Pelumba Terbaik Asean. Foto kredit: Ranking Helmets.

KUALA LUMPUR:  Pelumba muda negara, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff menghampiri gelaran Pelumba Terbaik Asean selepas mengungguli jersi biru untuk lima peringkat berturut-turut Jelajah Thailand (ToT) 2016.

Hanya tinggal satu peringkat lagi iaitu dari Loei ke Udon Ratchathani sejauh 132 kilometer (km) sebelum Nur Aiman dapat meraih gelaran Pelumba Terbaik Asean pada ToT 2016.

Bagaimanapun, dalam perlumbaan peringkat kelima dari Nong Khai ke Loei sejauh 232km, beliau sekadar menamatkan saingan di tempat ke-37 dengan catatan masa lima jam, 27 minit, 58 saat.

Nur Aiman, 19, dari Setiu, Terengganu berjaya memperbaiki kedudukannya dalam senarai pendahulu keseluruhan kepada tempat kelima dengan catatan terkumpul 20 jam 09 minit 16 saat.

"Ia ibarat sebelah kaki sudah menang jersi biru selaku Pelumba Terbaik Asean ToT 2016.

"Halangan saya cuma perlumbaan peringkat keenam yang sangat mencabar keranaia menempuh kawasan berbukit dengan kecuraman sehingga 10 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). 

Pelumba negara menerusi wakil Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh hampir mencipta kejutan sebelum diumumkan sebagai naib juara perlumbaan peringkat kelima dengan catatan 5:27:58s menerusi penentuan photo-finish.

Sementara itu, jurulatih skuad lebuh raya negara, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata beliau mahu anak buahnya khususnya Loh Sea Keong, Amir Mustafa Rusli dan Nik Mohd Azwan Zulkifle melakukan yang terbaik bagi mempertahankan jersi biru yang dipegang Nur Aiman ketika ini.

"Inilah peluang terbaik untuk kita kembali mengharumkan nama skuad lebuhraya Malaysia yang agak goyah ketika ini. Kita sedang pegang jersi biru danberada pada tempat kelima berpasukan keseluruhan dengan catatan 60:32:02s daripada 20 pasukan," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain