suria

Wenger Yakin Ozil, Sanchez Tidak Tinggalkan Arsenal

ARSENE Wenger mendakwa dia yakin dua bintang Arsenal iaitu Mesut Ozil dan Alexis Sanchez akan melanjutkan kontrak bersama kelab tersebut.

Kedua-dua pemain yang banyak membantu Arsenal itu kini hanya mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan usaha melanjutkan khidmat mereka sedang dilakukan.

Pemain tengah Jerman, Ozil, 27,  merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal dilaporkan akan dinaikkan pendapatannya bagi tawaran kontrak baru termasuk bonus.

Bagi penyerang Chile, Sanchez, 27, yang menerima sebanyak £130,000 seminggu juga bakal menerima kenaikkan gaji dalam kontrak baru itu.

"Kontrak baru sedang dirunding dan semuanya dijangka selesai selepas liga berakhir.

"Saya yakin, mereka akan bersetuju untuk melanjutkan kontrak yang berbaki dua tahun lagi itu," jelas Wenger.

Artikel Sebelum

Artikel Lain