suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

D'Herbs Sahkan Nilai Tajaan RM30 Juta

ALOR SETAR: Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd mengesahkan nilai tajaan berjumlah RM30 juta untuk tiga tahun kepada skuad Kedah.

Pengasasnya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata ketika ini kontrak masih belum ditandatangani kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi memastikan kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

"Kita sudah setuju tapi ada beberapa perkara yang perlu dilihat dahulu kerana nilai yang ingin ditaja adalah besar," katanya kepada pemberita di Seri Mentaloon pada Jumaat.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil pertemuan kira-kira sejam bersama Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, petang Jumaat.

"Nilai RM30 juta itu tidak jadi masalah dan kalau boleh saya nak percepatkan namun kata putusnya terletak pada Presiden KFA dan doakan semua berjalan dengan lancar.

"Saya memang senang untuk menaja pasukan Helang Merah berikutan mudah bekerjasama dengan KFA," katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah memaklumkan pada dasarnya KFA dan D'Herbs telah mencapai kata putus berhubung tajaan skuad Kedah.

"Hanya tinggal beberapa perkara yang perlu diperincikan lagi termasuk hal-hal perundangan sebelum boleh diumumkan secara rasmi.

"Semua pihak juga diharap supaya menunggu pengumuman rasmi mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi," katanya. - BERNAMA

Aliff Syukri Kamarzaman, D'Herbs, KFA

Artikel Sebelum

Keputusan Suku Akhir Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain