Azmeer Yusof Idam Sarung Jersi Harimau Malaysia - Sukan | mStar

Azmeer Yusof Idam Sarung Jersi Harimau Malaysia

Azmeer Yusof

PEMAIN pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof berhasrat untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaysia yang merupakan sebahagian daripada cita-citanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun terlebih dahulu ingin membantu Kedah mencipta kejayaan pada musim ini dengan berada dalam kesebelasan utama.

Azmeer antara muka baru yang berjaya mengisi kesebelasan utama skuad Helang Merah selepas mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe berikutan aksi konsisten yang dipamerkan.

Walaupun beraksi sebagai pemain pertahanan, namun anak kelahrian Perak itu turut mencatatkan nama sebagai penjaring bagi skuad Kedah dalam saingan Piala FA ketika bertemu Megah Murni sebelum ini

"Saya menganggap diri ini masih cetek pengalaman berbanding pemain lain dalam pasukan Kedah, tapi saya tidak pernah jemu atau penat untuk memastikan prestasi terus meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Banyak benda yang saya perlu belajar selain mendapatkan nasihat daripada jurulatih dan rakan-rakan yang lebih senior. Dengan kerja keras ini saya yakin dapat mencapai sasaran yang dihajatkan.

"Sudah pasti saya tidak akan berpuas hati selagi saya tidak dapat beraksi untuk pasukan Harimau Malaysia kerana inilah matlamat saya sejak memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional," katanya kepada mStar Online.

Azmeer menambah, dia juga berhasrat untuk kekal bersama Kedah selama mungkin kerana yakin dengan masa depan pasukan berkenaan yang turut diperkuatkan dengan pemain muda.

"Saya yakin kita mampu menjadi pasukan elit seperti sekitar akhir 80an dan awal 90an, ketika itu Kedah menjadi pasukan digeruni selain berjaya mendapatkan kejayaan luar biasa pada tahun 2006 dan 2007.

"Ia boleh berlaku lagi sekiranya semua pemain berjuang dengan sepenuh hati demi pasukan kesayangan mereka," tegasnya.

Kedah , Helang Merah , Harimau Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain