suria

Atletico Madrid Mahukan Christian Benteke

ATLETICO Madrid sedia mendapatkan Christian Benteke sekiranya penyerang Chelsea, Diego Costa tidak pulang semula ke kelab itu pada musim depan.

Selain Atletico, Benteke yang menjadi penyerang simpanan Liverpool turut diminati West Ham dan Juventus.

Usaha mendapatkan Benteke, 25, semakin giat dilakukan apabila pemain berkenaan mendakwa tidak gembira dengan kaedah yang digunakan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool juga dilapor mahu menggunakan hasil penjualan Benteke untuk mendapatkan pemain tengah Roma, Leandro Paredes.

Roma sebelum ini pernah menyatakan minat untuk mendapatkan Benteke sebelum memilih Edin Dzeko dari Manchester City.



Artikel Lain