suria

Man City Buat Rombakan Besar, Tidak Jual Kompany

MANCHESTER City merancang untuk mengadakan rombakan besar pada akhir musim ini selepas melantik Pep Guardiola sebagai jurulatih baharu.

Namun, kelab milik jutawan Arab itu menegaskan untuk tidak menjual ketua pasukannya, Vincent Kompany walaupun terpaksa melepaskan pemain lain.

City percaya dengan rombakan itu, Guardiola mampu membawa skuad berkenaan untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Difahamkan, selepas disahkan Guardiola bakal membimbing skuad berkenaan, Pengarah Man City, Txiki Begiristain telah menerima panggilan daripada ejen pemain terkenal dari England, Sepanyol, Itali dan Jerman yang mahu membawa pemain baru.

Pelbagai pihak yakin Guardiola mampu membawa City menjadi pasukan digeruni pada musim depan berdasarkan rekodnya walaupun kelab itu kini ketinggalan 15 mata dengan pendhulu Liga Perdana Inggeris, Leicester.

Hierarki Man City juga menaruh harapan tinggi bahawa Guardiola akan mewujudkan dinasti baharu untuk kelab berkenaan menawan kejohanan domestik dan Eropah.

Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain