suria

Liga Europa: Seri Dengan United, Liverpool Ke Suku Akhir

Penyokong Liverpool meraikan kejayaan pasukan itu yang berjaya mara ke suku akhir Liga Europa, awal pagi Jumaat.
LIVERPOOL berjaya mara ke suku akhir Liga Europa setelah mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Manchester United dalam perlawanan kedua (16 pasukan) di Stadium Old Trafford, awal pagi Jumaat.

Gol United disumbat masuk oleh Anthony Martial pada minit ke-32 menerusi tendangan penalti. Tuan rumah dihadiahkan penalti setelah Martial dilanggar Nathaniel Clyne.

Setelah ketinggalan 0-1 dalam perlawanan ini, Liverpool yang mempunyai kelebihan agregat tidak mahu mengalah sebaliknya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-45 nenerusi tendangan Philippe Coutinho.


Gol itu merupakan gol pertama Coutinho yang telah bermain dalam 14 perlawanan di Liga Europa bersama Liverpool.

Berdasarkan statistik UEFA, pasukan bimbingan Luois Van Gaal ini mencatatkan 58 peratus penguasaan bola. Daripada 16 percubaan, tiga tendangan yang dilepaskan merupakan tendangan tepat sasaran.

Liverpool pula mencatatkan rekod penguasaan bola 42 peratus dengan 11 tendangan dan lima daripadanya mengarah ke gol lawan.

Memasuki babak kedua, rentak permainan kekal rancak. Kedua-dua pasukan sering melakukan serangan yang membahayakan lawan.

Namun sehingga wisel penamat ditiup, kedudukan terikat 1-1 sekali gus menyaksikan Liverpool mara ke peringkat seterusnya.
Liga Europa, suku akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain