suria

Azizulhasni Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Keirin

Mohd Azizulhasni Awang.

KUALA LUMPUR: Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya mara ke peringkat separuh akhir acara keirin lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Ahad.

Terdahulu dalam saringan pusingan pertama, beliau sekadar di tempat ketiga dan memaksa beliau melalui pusingan 'repechage' untuk meraih tempat di separuh akhir.

Beliau menewaskan pelumba Andre Vinokourov (Ukraine), Jacob Schmid (Australia) dan Hersony Canelon (Venezuela) dalam pusingan repechage itu.

Saingan beliau dalam separuh akhir ialah Sergii Omelchenko (Azerbaijan), Francois Pervis (Perancis), Yuta Wakimoto (Jepun), Maximilian Levy (Jerman) dan Im Chae-bin (Korea Selatan). - BERNAMA

Artikel Lain