Warga Emas Tekad Tamatkan Kayuhan Beca - Sukan | mStar

Warga Emas Tekad Tamatkan Kayuhan Beca

Seramai 35 orang menaiki 19 beca menyertai program yang bermula dari Melaka ke Padang Besar sejauh 747 kilometer selama 13 hari. - fotoBERNAMA

IPOH: Faktor usia bukan penghalang bagi Mohamad Rosidi, 74, untuk menamatkan kayuhan dari Melaka ke Perlis sejauh 747 kilometer pada Program Kayuhan Beca Melaka sempena Siri Jelajah Beca 1Malaysia bermula Selasa lepas.

Mohamad merupakan satu-satunya warga emas yang turut sama menyertai 37 orang rakannya mengayuh beca merentasi lapan negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, selama 13 hari sehingga 6 Mac ini.

Warga emas yang mempunyai lima orang anak itu berkata beliau menyertai program kayuhan itu secara sukarela untuk berkayuh sehingga tamat di Perlis.

"Walaupun sudah tua, insya-Allah saya dapat menamatkan kayuhan bersama rakan lain," katanya pada Majlis Perasmian Beca 1Malaysia Bagi Promosi Tahun Melawat Perak 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, malam Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong dan Pengerusi Kelab Pemilik Beca Melaka Ahmad Eliyas.

Menceritakan pengalamannya setelah enam hari berkayuh, Mohamad berkata sudah tentu sepanjang berkayuh kaki mengalami rasa sakit dan lenguh tetapi beliau tetap meneruskannya kerana kayuhan merupakan satu latihan.

Mohamad yang tinggal di Klebang Besar, Melaka, sebelum ini merupakan pekerja kontrak dan mula mengayuh beca sejak berumur 60 tahun sebagai punca rezekinya.

Sementara itu, Zulhairi Abdullah, 16, dari Bukit Cina, Melaka merupakan peserta termuda yang menyertai program itu.

Zulhairi berkata untuk menyertai program itu, beliau menghantar surat kebenaran cuti yang disediakan oleh Kelab Pemilik Beca Melaka kepada pihak sekolah.

"Saya menyertai program ini kerana dipelawa oleh kakak, abang dan bapa saudara yang turut sama menyertai kayuhan ini," katanya yang mula mengayuh beca tahun ini.

Dia berkata pengalaman manis sepanjang mengayuh beca selama enam hari apabila peserta kayuhan menjadi tumpuan orang ramai ketika merentasi beberapa negeri.

"Pengalaman yang paling susah ialah ketika mengayuh di laluan berbukit. Saya akan meminta bantuan motosikal sekiranya tidak larat mengayuh," katanya sambil menambah mengayuh beca adalah kerja sambilan yang dilakukannya ketika cuti sekolah untuk membantu ibu bapanya yang juga pengayuh beca.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Nolee Ashilin berkata menerusi program kayuhan itu, ia juga dapat membantu mempromosikan Perak kepada negeri-negeri lain.

"Kerajaan negeri memberi baju-t dan topi supaya mereka (pengayuh) dapat memakai barangan promosi Perak ke negeri lain sempena Tahun Melawat Perak 2017," katanya.

Beliau berharap hasrat kelab itu untuk memecah rekod Malaysia Book of Records dengan mengayuh beca sejauh 747 kilometer merentasi beberapa negeri melibatkan 19 beca tercapai. - BERNAMA

kayuhan beca , Mohamad Rosidi

Artikel Sebelum

TMJ Bertemu Presiden Barcelona Di Nou Camp

Artikel Berikut

Penyokong Desak Wenger Letak Jawatan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain