Jose Mourinho Tidak Akan Dilantik Jurulatih Man United Sehingga Jun - Sukan | mStar

Jose Mourinho Tidak Akan Dilantik Jurulatih Man United Sehingga Jun

JOSE Mourinho tidak akan dibenar mengambil alih jawatan Louis Van Gaal di Manchester United sehingga Jun ini, lapor media England.

Bagaimanapun, bekas pengendali Chelsea itu dijangka akan dilantik sebagai pengurus United sebelum musim depan bermula.

Daily Mail melaporkan, United diminta bersabar dan memberi peluang kepada Van Gaal menyelesaikan tugasnya sehingga akhir musim ini.

Reputasi Van Gaal di United tidak lagi mendapat kepercayaan penyokong dan pihak pengurusan selepas dia gagal membawa skuad berkenaan ke tahap lebih baik.

United enggan menamatkan kontrak Van Gaal lebih awal kerana kelab itu perlu membayar sebanyak £10 juta sebagai pampasan mengikut terma pada kontrak.

Manchester United

Artikel Sebelum

Antonio Conte Setuju Bimbing Chelsea

Artikel Berikut

Willian Ditawarkan Kontrak Baharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain