suria

Piala FA: Kedah Berdepan Laluan Sukar

Carlos Kahe (tengah) berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu Md Sharbinie pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Selasa lalu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara tiga kali Piala FA, Kedah berdepan laluan sukar pada pusingan ketiga selepas diundi menentang juara dua kali, Kelantan di halaman sendiri.

Pada undian yang disiarkan secara langsung melalui TV9 pada Sabtu, juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) pula akan menentang juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Untuk rekod, JDT yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FA muncul juara Piala FA 1998, manakala Negeri Sembilan pula merupakan juara pada 2003 dan 2010.

Juara lima kali Piala FA, Selangor pula akan berkunjung ke Stadium Hang Jebat, Melaka menentang juara Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pusingan ketiga Piala FA akan berlangsung pada 4 dan 5 Mac ini, yang menggunakan format kalah mati.

Undian:

Kuantan FA lwn Perak

Perlis lwn Kuala Lumpur

Felda United lwn PKNS FC

PDRM lwn Selangor

JDT lwn Negeri Sembilan

Angkatan Tentera Malaysia lwn Sabah

Pahang FC lwn Sime Darby

Kedah lwn Kelantan - BERNAMA

Piala FA, Kedah, Kelantan

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Lain