"Ada Peminat Tidak Puas Hati" - Kahe - Sukan | mStar

"Ada Peminat Tidak Puas Hati" - Kahe

"PUAS" itulah perasaan penyerang import kedah, Carlos Kahe selepas berjaya mencipta hatrik dan membantu Kedah melangkah ke pusingan ketiga Piala FA pada Jumaat.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman itu, skuad Helang Merah membelasah Megah Murni FC 8-0 sekaligus mengakhiri kebuntuan jaringan yang membelenggu pasukan tersebut.

Kahe yang merupakan bekas pemain Bundesliga dari Brazil merupakan penyerang sandaran Kedah selepas skuad berkenaan melepaskan Chidi Edeh pada akhir musim lalu.

"Saya tahu terdapat penyokong yang tidak berpuas hati dengan prestasi saya kerana tidak dapat menjaringkan banyak gol untuk kedah ketika ini. Tetapi sekarang saya puas hati kerana mula mendapat rentak dan membantu Kedah," katanya kepada mStar Online.

Bekas pemain kelab Turki itu memberitahu, walaupun dikritik peminat namun dia tidak menganggap itu sebagai tekanan sebaliknya terus berusaha untuk mendapat gol buat penyokong hijau kuning.

Menurutnya, kritikan itu juga dapat diserap secara profesional kerana perkara berkenaan merupakan ujian buat seorang penyerang berpangalaman sepetinya dalam memburu gol.

“Walaupun gagal menjaringkan gol pada perlawanan pertama tetapi saya berjaya membantu Kedah meraih tiga mata penuh ketika bertemu Terengganu pada perlawanan kedua Liga Super.

“Jaringan saya ketika bertemu Terengganu sudah pasti berjaya menambah keyakinan diri sendiri untuk merobek gawang Megah Murni sebanyak tiga kali dengan kemenangan besar.

"Walaupun ia nampak mudah, tetapi tidak semua pasukan dapat mencatat kemenangan besar seperti itu," tegasnya.

Jelas Kahe, dalam perlawanan sebelum ini Kedah memperolehi banyak peluang, namun gagal menghasilkan gol yang mencatatkan kemenangan besar.

“Tetapi ketika bertemu Megah Murni, kita dapat mengakhiri peluang berkenaan dengan jaringan gol, ini perkembangan positif untuk diri saya dan rakan sepasukan," ujarnya.

Menurut Kahe, dia kini mempunyai misi untuk mendapatkan lebih banyak gol selepas merekodkan empat jaringan untuk pasukan Kedah dalam tiga perlawanan.

“Saya mahu menghadiahkan tiga gol ini kepada peminat setia yang terus menyokong kami dan sanggup memenuhi stadium walaupun kami kalah pada perlawanan pertama. Kehadiran ribuan peminat telah  memastikan semangat kami tidak luntur untuk terus berjuang.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sepasukan lain yang telah membantu saya menjaringkan empat gol itu. Hanya usaha dan kerjasama daripada kesemua pemain, barulah kami dapat mencatat kemenangan," luahnya.

Kedah , Piala FA , kenduri gol , Carlos Kahe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain