Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - Vida - Sukan | mStar

Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - Vida

PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Dr Hasmiza Othman sedia mempertimbangkan untuk melelong sebentuk cincin kesayangannya bagi membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain pasukan tersebut.

Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran.

"Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih.

"Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran)," katanya dalam satu temu bual bersama mStar Online baru-baru ini.

Usahawan kosmetik terkemuka negara itu berkata, pertimbangan tersebut hanya membabitkan tunggakan gaji pemain yang masih kekal bersama PQPTRW musim ini.

"Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual," katanya.

Pada masa sama, Dr Vida mendedahkan semua pemain Kelantan yang beragama Islam diwajibkan untuk membaca al-Quran setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.

Beliau berkata sesi tersebut merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pemain PQPTRW bermula pada April ini.

"Pemain tak boleh ponteng. Saya dah maklumkan kepada pemain sekurang-kurangnya satu jam kena khatam al-Quran. Saya akan cari guru mengajar al-Quran untuk mereka," katanya.

Menurut Dr Vida, beliau mahu menekankan aspek kesukanan dan kerohanian di dalam pasukan ini agar pemain memperoleh ketenangan jiwa ketika bermain bola.

Malah, beliau juga berharap semua pemain PQPTRW akan menjadi contoh terbaik kepada generasi muda di luar sana.

"Pemain PQPTRW bukan sahaja pandai bermain bola tetapi mereka turut akan dilengkapi nilai kerohanian. Saya cuba bawa ibadah ke dalam sukan agar apa yg kita impikan musim ini mendapat keredaan dan keberkatan-Nya," kata Dr Vida.

PQPTRW , Kelantan , Vida

Artikel Sebelum

"Sabar Menanti Schumacher Pulih" - Pengurus

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Devan Tak Tertekan, Lega 'Posisi' Selamat

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel