UiTM FC Naik Ke Tangga Teratas Liga Perdana - Sukan | mStar

UiTM FC Naik Ke Tangga Teratas Liga Perdana

Pemain Perlis Mohd Alifi Mahmud (kanan) berjaya melonjak mengatasi pemain UiTM FC Muhamad Afif Asyraf (kiri) pada saingan bola sepak Liga Perdana 2016 di Stadium Tuanku Syed Putra malam Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab, UiTM FC merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana daripada Perlis selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan berkenaan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, malam Isnin.

Kutipan tiga mata hasil jaringan pemain import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin pada minit ke-27 membolehkan skuad 'The Lion Troops' mengutip enam mata selepas dua perlawanan.

Terdahulu, Perlis berpeluang menyamakan kedudukan namun jaringan Fandi Ahmad pada minit ke-84 dibatalkan pengadil kerana pemain itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid.

Pasukan Kuala Lumpur turut melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hasil sepakan penalti Leo Carioca pada minit ke-64.

Pengadil memberikan sepakan penalti kepada skuad 'The Hawks' selepas penjaga gol JDT II, Fazli Paat menjatuhkan pemain tuan rumah, Zhafri Yahya dalam kotak penalti.

Di Stadium Darul Makmur, pasukan Kuantan FA bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa untuk menewaskan Sabah 4-1, bagi meraih kemenangan pertama mereka.

Maxsius Musa meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-37 sebelum skuad 'The Seagulls' bangkit meledak empat gol menerusi Dao Bakary pada minit ke-65 dan 89, Abdul Malik Mat Ariff (m82) dan Abdul Wafiy Abdul Ghafar (m87).

Negeri Sembilan turut bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa untuk mengalahkan DRB-Hicom FC 3-1 di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak.

Tuan rumah mengejutkan Negeri Sembilan menerusi penyerang import dari Croatia, Ivan Babic pada minit ke-20 sebelum pelawat meraih tiga gol pada lewat babak perlawanan menerusi sepakan penalti Andrew Nabbout pada minit ke-80 diikuti jaringan Joel Chianese (m84) dan Alexander Smith (m89).

Pendatang baharu Liga Perdana, Melaka United turut meraih kemenangan sulung selepas menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Nurshamil Abd Ghani muncul wira tuan rumah selepas menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-72 setelah penyerang import dari Argentina, Juan Manuel Cobelli menyamakan kedudukan pada minit ke-49 untuk memadam kelebihahan Melaka United yang mendahului hasil jaringan R.Surendran pada minit ke-21.

Perlawanan tunggal Liga Perdana melibatkan pertemuan Sime Darby FC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlangsung pada Selasa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang digunakan untuk aksi antara Kuala Lumpur dan JDT II, malam Isnin. - BERNAMA

UiTM FC , Liga Perdana , Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain