Debuchy Marah Dengan Wenger Sekat Sertai United - Sukan | mStar

Debuchy Marah Dengan Wenger Sekat Sertai United

Mathieu Debuchy.

MATHIEU Debuchy mengakui marah dengan pengurus Arsene Wenger yang menyekat perpindahannya ke Manchester United sebelum tarikh akhir jendela perpindahan pada Januari lalu.

Malah, Debuchy menyifatkan peluangnya untuk tersenarai dalam skuad utama di Emirates Stadium terhalang selepas kemunculan Hector Bellerin.

Susulan itu pemain berusia 30 tahun berkenaan menyertai Bordeaux secara pinjaman sehingga hujung musim sejak Januari lalu.

Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris berminat untuk mendapatkan khidmat Debuchy termasuk Aston Villa dan Manchester United.

Namun pengurus Arsenal Arsene Wenger tidak membenarkan perpindahan Debuchy ke United yang dianggap sebagai seteru utama pasukan itu.

"Saya amat kecewa. Jika saya diberi peluang untuk ke Old Trafford, ia pasti mengagumkan.

"Malangnya itu bukan masalah. Saya turut berbincang dengan Wenger yang berkata saya tidak boleh membantu musuh utama pasukan.

"Ya, saya marah dengan Wenger tapi itu keputusannya," kata Debuchy.

Bekas pemain Lille itu yang melakukan 27 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis menyertai Newcastle United dari Lille pada 2013.

Pada 2014 Debuchy berpindah ke Arsenal dengan kontrak bernilai 12 juta pound (RM72 juta).

Artikel Sebelum

Terry Terlepas Aksi Menentang PSG

Artikel Berikut

UiTM FC Naik Ke Tangga Teratas Liga Perdana

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain