suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KFA Sedih Penaja Tarik Diri Taja Skuad Kedah

Aminuddin Omar

JITRA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.

Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata beliau merasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.

"Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D'Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini.

Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.

"Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik," katanya kepada pemberita.

Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran menteri besar baru-baru ini.-Bernama

Penaja Tarik Diri, KFA, Helang Merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain