suria

United Tawar Bidaan RM875 Juta Kepada Neymar

Neymar sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan menipu berhubung kes cukai.

NEYMAR Snr, bapa kepada penyerang sensasi Barcelona, Neymar mendedahkan sebuah kelab mengemukakan tawaran sebanyak 144.4 juta pound (RM875 juta) untuk mendapatkan khidmat anaknya itu.

Namun, beliau memberitahu bahawa Real Madrid bukan kelab yang menawarkan bidaan rekod dunia itu.

Menurut laporan The Sun, Manchester United dikatakan berminat untuk menyambar bintang Barcelona itu.

Pemain kebangsaan Brazil itu sedang disiasat oleh mahkamah Sepanyol atas tuduhan rasuah dan penipuan berhubung kes cukai sebelum berpindah ke Barcelona pada 2013.

Neymar Snr memberitahu hakim pada Selasa bahawa sebuah kelab menawarkan bidaan tinggi terhadap anaknya.

The Sun mendakwa United merupakan kelab yang menawarkan bidaan tersebut dengan pegawai kelab itu mendedahkan mereka telah berbincang dengan Neymar mengenai perpindahannya pada musim panas ini.

Selain United, dua lagi kelab Liga Perdana Inggeris iaitu, Manchester City dan Chelsea turut mahu menyambar pemain itu.


Neymar, Barcelona, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain