suria

Badminton: Skuad Negara Berdepan Laluan Sukar Di BATC

Zulfadli bakal mengetuai cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka berdepan laluan sukar mara ke pusingan akhir Piala Thomas selepas diundi dalam 'Kumpulan Maut' pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di New Delhi, India,Selasa.

Kejohanan di India itu menjadi pusingan kelayakan pasukan yang bertanding untuk menempah slot ke pusingan akhir Piala Thomas, yang akan berlangsung serentak dengan pusingan akhir Piala Uber di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei.

Dalam undian diadakan di Hotel ITC Kakatiya di Hyderabad, India; Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Jepun selain dua lagi pasukan, Sri Lanka dan Nepal, menurut kenyataan dikeluarkan Konfederasi Badminton Asia (BAC).

Skuad wanita negara juga menghadapi laluan getir untuk menempah tiket ke pusingan akhir Piala Uber selepas diundi menentang juara bertahan, China dan Hong Kong.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menghantar skuad muda ke BATC, dengan bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli akan mengetuai cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki bersama tiga lagi wakil negara - Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.-Bernama

UNDIAN PENUH
:

Lelaki 

Kumpulan A: China, India, Singapura Kumpulan

B: Jepun, MALAYSIA, Sri Lanka, Nepal Kumpulan

C: Indonesia, Taiwan, Thailand, Maldives Kumpulan

D: Korea Selatan, Hong Kong, Filipina

Wanita 

Kumpulan A: China, MALAYSIA, Hong Kong Kumpulan

B: Thailand, Taiwan, Sri Lanka Kumpulan

C: Korea Selatan, Indonesia, Maldives Kumpulan

D: Jepun, India, Singapura 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain