suria

David Luiz Gesa Diego Costa Tinggalkan Chelsea

DAVID Luiz menggesa Diego Costa meninggalkan Chelsea dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjadi lebih baik.

Pertahanan Brazil itu mendakwa PSG merupakan kelab yang lebih baik berbanding Chelsea yang kini menghuni kedudukan pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Costa, 27, sebelum ini dilapor bakal kembali ke bekas kelabnya iaitu Atletico Madrid sekiranya meninggalkan The Blues.

"Diego merupakan seorang penyerang terbaik dan lincah di Eropah, dia mampu menjadi nilai tambah kepada mana-mana pasukan.

"Saya rasa PSG juga secara terang  hanya membawa pemain terbaik sahaja ke kelab itu sejak tiga atau empat musim lalu.

"Jika Diego membuat keputusan untuk tinggalkan England dan mahukan cabaran baru, sudah pastinya kami menerimanya," jelasnya.

Chelsea, PSG

Artikel Lain