Teka-Teki 33 Syarat Tambahan Vida Terungkai Petang Ini - Sukan | mStar

Teka-Teki 33 Syarat Tambahan Vida Terungkai Petang Ini

Vida dan Annuar membuat gaya trademark Qu Puteh.

PETALING JAYA: Segala teka-teki mengenai 33 syarat tambahan yang dikemukakan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan terungkai, petang Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida akan memeterai kontrak perjanjian penajaan pasukan  The Res Warriors (TRW) secara rasmi kira-kira pukul 3 petang.

Majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara yang menyaksikan kedua-dua pihak menjalin kerjasama selama dua tahun.

Difahamkan, pihak pengurusan tertinggi Kafa dan semua pemain TRW akan berarak dari dalam Bangunan Mara menuju ke lokasi kontrak dimeterai.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengetuai perarakan tersebut.

Menurut Vida, butiran terperinci mengenai kontrak penajaan dan 33 syarat tambahan yang dikemukakan seminggu lalu akan dimaklumkan kepada media.

"Apa sahaja berkaitan dengan kontrak tajaan akan terungkai petang ini. Saya harap selepas ini isu berkaitan nilai tajaan tidak lagi disensasikan," katanya.

Kontrak tajaan tersebut dilaporkan bernilai RM8 juta semusim.

Pada Jumaat lalu, Vida dan Kafa mencapai kata sepakat mengenai kontrak perjanjian penajaan itu.

Selain bersetuju dengan dua syarat awal Vida, Annuar berkata badan bola sepak negeri itu turut menerima 33 syarat tambahan baharu yang dikemukakan usahawan wanita tersebut.

Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan akan dicat dengan warna merah jambu manakala nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

The Red Warriors , Kafa , Datuk Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Saya Tak Gelojoh - Vida

TRW Sarung Jersi Jenama DSV

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain