suria

Messi Tidak Akan Tinggalkan Barcelona

Lionel Messi.

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menegaskan beliau akan kekal bersama kelab Catalan itu sehingga kariernya berakhir.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata beliau tiada minat untuk meninggalkan Barcelona buat masa ini.

Malah, katanya, Barcelona merupakan satu-satunya kelab yang bersesuaian dengan jiwa dan menepati corak permainannya.

Messi yang bersama Barcelona sejak berusia 13 tahun merangkul trofi Ballon d'Or kelima pada awal pagi Selasa.

Penyerang sensasi itu turut berjaya memenangi lima trofi bersama kelab pada 2015 termasuk Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab FIFA selain memacu Argentina ke final Copa Amerika.

Namun Argentina tewas menerusi penentuan penalti kepada Chile.

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain