suria

Messi Lonjak Semangat Barca, Tundukkan Espanyol 4-1

Messi meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

LIONEL Messi bukan sahaja meledakkan dua gol tetapi turut membantu mencipta peluang dua lagi jaringan ketika Barcelona menewaskan Espanyol 4-1 pada perlawanan pertama 16 pasukan terakhir saingan Copa del Rey, awal pagi Khamis.

Dua lagi jaringan Barca dijaringkan Gerrad Pique pada minit ke-49 dan Neymar pada minit ke-88.

Espanyol berjaya membolosi gawang Barca seawal minit kesembilan menerusi jaringan Felipe Caicedo.

Namun Messi bangkit menggembalikan rentak permainan pasukan lawan dengan menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Dia kembali meletakkan Barca didepan apabila sepakan percumanya menggegar gawang Espanyol sebelum tamat babak pertama.

Tidak cukup dengan itu, Messi mencipta peluang jaringan yang disempurnakan Pique sekali gus meletakkan kedudukan 3-1 pada babak kedua.

Malah pemain kebangsaan Argentina itu turut melakukan hantaran yang dilengkapkan Neymar ketika perlawanan berbaki dua minit.

Aksi babak kedua turut menyaksikan pemain Espanyol, Hernan Perez dan Papakoulu Diop dilayangkan kad merah manakala Caicedo dan Marco Asensio terpaksa digantikan dengan pemain simpanan akibat kecederaan.

Pemain baharu Barcelona, Arda Turan turut melakukan penampilan pertamanya bersama kelab itu manakala Aleix Vidal juga diturunkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Lionel Messi, Copa del Rey, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain