suria

Chelsea Lawan Man United Dalam Keadaan Terdesak - Hiddink

GUUS Hiddink mengakui kini merupakan tempoh 'terdesak' untuk Chelsea yang akan menentang Manchester United di Stamford Bridge awal pagi esok.

Bagaimanapun jurulatih veteran dari Belanda itu mengakui ia merupakan cabaran bagi dirinya untuk memulihkan prestasi semasa Chelsea.

Di usia 69 tahun, Hiddink mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam membimbing kelab ternama dunia dan skuad kebangsaan.

Kelebihan itu akan menjadi ukuran dalam perlawanan tersebut kerana jurulatih United, Louis Van Gaal juga tidak kurang hebatnya.

Namun hakikatnya, kedua-dua pasukan bukanlah berada pada prestasi terbaik apabila Chelsea baru menemui jalan keluar daripada kekalahan manakala United terus tewas kepada lawan.

"Saya tahu kelab ini tidak berada dalam keadaan baik ketika ini. Tetapi saya yakin dapat bekerja dalam tempoh terdesak ini," katanya.

Chelsea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain