suria

Liverpool Padam Rekod Tanpa Kalah Leicester

CHRISTIAN Benteke menjaringkan gol tunggal kemenangan Liverpool 1-0 ke atas Leicester di Anfiel pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Bekas penyerang Aston Villa itu dimasukkan pada babak kedua permainan meledak gol pada minit ke-63, sekaligus mencatat jaringan kedua peribadinya dalam sembilan perlawanan musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan pendahulu liga, Leicester yang merakam sepuluh perlawanan tanpa kalah dilihat sukar mengatur strategi di Anfield apabila pemain-pemain Jurgen Klopp mendominasi permainan.

Kemenangan itu menyaksikan The Reds mara ke kedudukan kelapan liga, manakala Leicester kekal menguasai tangga teratas dengan kelebihan dua mata daripada Arsenal.

Liverpool bakal berdepan dengan Sunderland Rabu ini, manakala anak buah Claudio Ranieri akan menerima kunjungan Manchester City pada Selasa.

Sebagai rekod, Leicester gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi liga perdana buat kali pertama selepas mencatat keputusan seri 0-0 ke atas Sunderland pada 16 Mei lalu.

Manakala ini merupakan kekalahan kedua Leicester musim ini selepas tewas kepada Arsenal 2-5 September lalu.

Leicester, Liverpool

Artikel Lain