suria

Kedudukan Van Gaal Semakin Goyang, United Tewas 2-0 Kepada Stoke

KEDUDUKAN Louis van Gaal selaku pengurus Manchester United semakin goyang selepas tewas 2-0 kepada Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Kekalahan di Stadium Britannia itu menyaksikan United tewas buat kali keempat berturut-turut selepas pemain tuan rumah, Bojan membuka jaringan awal pada minit ke-19 permainan.

Tujuh minit selepas itu, pintu gol David de Gea sekali lagi bolos dengan jaringan Marko Arnautovic.

Dua gol pada separuh masa pertama cukup untuk memusnahkan harapan United untuk mencatat kemenangan buat kali pertama dalam tujuh aksi terakhir sebelum ini.

Dalam pada itu, percaturan Van Gaal dengan meletakkan Rooney di bangku simpanan pada babak pertama tidak memberi apa-apa aksi positif.

Rooney dimasukkan pada babak kedua permainan dan mencipta peluang terbaik mendapatkan gol, namun gagal disempurnakan Marouane Fellaini.

Jaringan dua gol oleh Stoke City kekal hingga ke wisel penamat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain